MapleStory - Orange Mushroom

Daftar Blog Saya

Sabtu, 19 November 2011

Jangan kau salahkan, orang merindu dengan kerinduannya, sehingga kau mampu menyelami jiwanya…

Assalamu’alaikum wr wb,
Sempena hari yang penuh bermakna bagi saya hari ini, Insya’ Allah, Mutiara Hati membawa kali ini slot “MOTIVASI ILMIAH 3 – FIKRAH CINTA”. Ini hanyalah salah satu usaha menzahirkan setulus penghargaaan bagi pengunjung setia Mutiara Hati yang saya kasihi kerana Allah. Terutamanya bagi peminat-peminat Hamka :)


Apa yang perlu dilakukan hanyalah :
  • Menjawab soalan yang dikemukakan
  • Respon terawal / terbaik , Insya’ Allah akan di hadiahkan buku yang tertera di bawah.
SOALAN :
>>> APAKAH MAKNA CINTA SEJATI KEPADA ANDA?

Indah bahasanya. Indah isi dalamnya. Indah sekali. Berbeza dengan novel-novel yang ada masa kini. Novel cinta-Islam yang bagiku belum lagi dapat menandingi novel cinta Pak Hamka yang ini. “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” – Fikrah cinta yang ingin disampaikan oleh Pak Hamka dapat kulumati dan kuhayati dengan mudah dan indah. Inilah contoh novel cinta-Islam yang sebenar. Biarpun latar belakangnya bukanlah di negara-negara Timur Tengah. Watak utamanya pun bukanlah seorang bakal ustaz yang lepasan Jordan atau Madinah, hanyalah seorang anak muda yang bapanya terbuang jauh dari tanah kelahirannya. Tetapi… Ya, andai kalian ingin merasai apa yang aku alami ini, aku seru kepada kalian semua, bacalah salah satu karangan Pak Hamka ini. “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” – jangan terkabur dengan tajuknya, kerana isinya lebih indah dari tajuknya… (Syafiq Kuis)
CARA MENJAWAB :
  • E-mail : nurjeehan [at] gmail [dot] com atau
  • Isi kotak komentar di bawah
  • Jangan lupa sertakan e-mail yang aktif untuk saya hubungi bagi mendapatkan alamat penghantaran jika berjaya. Jika tidak selesa mahu meletakkan nama sebenar, tidak mengapa – jawapan itu hanyalah motivasi kepada para sahabat sendiri & sebagai tanda komitmen – bukan untuk siapa-siapa pun. Apa yang saya harapkan hanyalah dengan usaha yang kecil ini, semoga Allah mengizinkan, dapat menyuntik semangat bagi kalian untuk merealisasikan impian dan azam itu.
  • — Tarikh tutup : 18-NOVEMBER-2011 (JUMAAT) —
Salam Sayang,
Nurjeehan
What an enlightening read.
(Click on picture)
Bersederhanalah
dan merunduklah
tawaduk di pucuk-pucuk daun..
tapi usah terjerat
malu tak berhemat atau
takut tak bertempat.
Pupuklah jiwa pemberani
yg hadir dari dalam hati
belangkas iman-mu
yg bintang menyuluh jalan
dari rahsia tulus keikhlasan
yg menunjang kekuatan
Berdirilah, tegar spt karang..
tetaplah yakin dengan pilihan
keberanian yg ia putuskan.
Jangan cengeng, jangan culun,
jangan jadi cemen, jangan gentar,
jangan surut utk menongkah cerun.
Allah bersama-mu
dalam setiap fitrah amali
Berakar niatmu
yg jernih dan suci.
Semoga Allah Yang Maha Penyayang
selalu memimpin, menjaga,
melindungi dirimu, hati dan taqwa.
Sampai satu ketika
Perjanjian kan berakhir
di antara jasad dan nyawa.
-Wangsa Maju
4.30 pagi
P.S. Salam Aidiladha. Semoga Allah meredai segala pengorbanan kita.

0 komentar:

Posting Komentar

Postingan Populer

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More